Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Siapakah 5 bintang tidak tersenarai dalam skuad JDT?

jdt.jpg
Kemas kini laman Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mengeluarkan senarai awal membabitkan 29 pemain yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), bermula esok.

Saingan tertinggi Asia itu kembali dan tumpuan terarah kepada wakil Malaysia, JDT, untuk mara sejauh mungkin selepas tersungkur di pusingan 16, musim lalu. 

Menerusi format terkini ACLE, skuad Harimau Selatan bakal menerima kunjungan Shanghai Port dan Shanghai Shenhua (China) selain FC Machida Zelvia serta Vissel Kobe (Jepun).

Baki empat lagi perlawanan bertemu Buriram United, Melbourne Victory, Sanfrecce Hiroshima dan Chengdu Roncheng pula menyaksikan JDT bakal turun bermain di gelanggang lawan.

Ketua jurulatih, Xisco Munoz, membariskan pasukan terkuat bagi merealisasikan impian juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu. 




Namun, kelibat lima pemain menjadi persoalan peminat tentang mengapa mereka tidak disenaraikan dalam kancah berprestij itu.

Pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies dan Feroz Baharudin, terlepas perlawanan pertama di Chang Arena termasuk pemain import, Heberty Fernandes dan Iker Undabarrena.

Nama Nathaniel Shio Hong Wan juga tiada memandangkan bekas pemain Wolverhampton Wanderers bawah 23 tahun (B-23) itu baru pulih daripada kecederaan dan baru diturunkan semula musim ini. 

Untuk rekod, senarai tersebut boleh berubah dari masa ke semasa dan lima tonggak tersebut berpotensi berada dalam skuad pada masa akan datang.

Advertisement

Must Watch Video