Aksi Buriram United bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) malam ini sudah pasti bakal menyaksikan tumpuan terhadap lima pemain yang bakal membuat penampilan.
JDT berkunjung ke Thailand bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Buriram United dengan misi meraih tiga mata penuh.
Buriram pula sudah pasti tidak mahu mengecewakan kehadiran penyokong yang bakal memenuhi kapasiti 32,600 di Chang Arena nanti.
Ketika kedua-dua pasukan dalam persiapan terakhir menjelang sepak mula malam ini, ini antara lima pemain dijangka bakal menjadi tumpuan para peminat Buriram United dan JDT.
Arif Aiman
Kehadiran pemain lincah, Arif Aiman sudah pastinya menjadi perhatian kedua-dua pasukan dengan benteng pertahanan Buriram United bakal berdepan tugas berat untuk mengawal aksi tonggak JDT ini.
Musim ini sahaja, Arif Aiman sudah pun mencetak 5 jaringan dan melakukan 4 bantuan gol dalam 6 perlawanan sekaligus menyaksikan nama pemain kelahiran Pahang ini antara yang bakal diawasi oleh lawan.
Jon Irazabal
Benteng JDT musim ini tampak lebih kemas dengan adanya kelibat Jon Irazabal yang memberi satu nilai tambah kepada keampuhan pertahanan skuad Harimau Selatan menjelang aksi ini.
Malah, Irazabal yang juga tonggak kacukan Malaysia dilihat mampu menghadirkan ancaman menerusi situasi bola mati dengan 4 gol yang sudah terhasil menerusi tandukan beliau.
Joao Figueiredo
Seorang lagi pemain warisan Malaysia, Joao Figueiredo akan menjadi salah satu watak yang perlu diberi perhatian khusus di bahagian serangan dengan kelincahan dan juga ketajaman penyudah.
Kelibat Figueredo sudah pasti bakal dikekang oleh benteng Buriram United setelah melihat statistik 6 jaringan dan satu bantuan gol dalam 7 aksi yang dilalui oleh bekas penyerang Istanbul Baseksehir ini.
Guilherme Bissoli
Senjata utama Buriram United, Guilherme Bissoli bakal jadi sandaran pasukan tuan rumah bagi merobek gawang JDT berbekalkan pengalaman dan deria pemusnah yang dimiliki pemain Brazil ini.
Bissoli sememangnya dikenali sebagai penyerang prolifik Buriram United dengan musim ini, beliau telah meledak 6 jaringan untuk mengumpul 67 gol bersama kelab gergasi Thailand itu.
Suphanat Muenta
Nama Suphanat Muenta menjadi mimpi ngeri JDT di musim lalu apabila jaringan pemain berusia 23 tahun ini membawa Buriram United ke suku akhir ACLE dan menyingkirkan skuad Harimau Selatan.
Kali ini, benteng JDT pasti akan memberikan tumpuan penuh terhadap setiap gerak-geri Suphanat Muenta lebih-lebih lagi selepas penyerang muda ini sudah terlibat dalam 3 jaringan pada musim ini.-MB
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Venue: Chang Arena, Thailand
Masa: 8.15 malam

ACLE: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) BURIRAM UNITED VS JOHOR DARUL TA'ZIM
Tarikh: 16 September 2025Saluran: Astro Arena Bola (803)
Venue: Chang Arena, Thailand
Masa: 8.15 malam