Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT raih mata pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-acle.jpg
Wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), meraih mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini apabila terikat tanpa jaringan dengan kelab Jepun, Machida Zelvia, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.

Selepas tewas 1-2 kepada Buriram United dalam aksi pertama di gelanggang lawan itu pada 16 September lalu, Harimau Selatan memburu kemenangan sulung di gelanggang sendiri dalam pertemuan kali ini.

Bagaimanapun, ketumpulan serangan menyukarkan misi itu untuk akur sekadar meraih satu mata.

Bahkan, JDT hampir ditimpa padah apabila Machida dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-21 selepas Jonathan Silva didapati menjatuhkan pemain lawan.

Mujur Yuki Soma gagal menyempurnakan peluang itu apabila sepakannya sekadar hinggap di tiang gol Syihan Hazmi Mohamed.

JDT memiliki peluang untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke-27 tetapi percubaan Ager Aketxe sedikit tersasar di sebelah tepi.

Harimau Selatan lebih banyak menguasai permainan dalam babak kedua tetapi jaringan yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba dengan Jairo da Silva mensia-siakan beberapa peluang berharga.
 
Whey Protein

Bina Otot Padu

Nutrisi penting yang jadi pilihan atlet untuk prestasi harian.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video