Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT cipta kemenangan pertama di Chengdu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 selepas menewaskan Chengdu Rongcheng 2-0 di Phoenix Mountain Sport Center, Chengdu, sebentar tadi.

JDT mendahului menerusi Oscar Arribas seawal minit kelima permainan selepas rembatannya menewaskan Dianzuo Liu untuk meletakkan pasukan pelawat mendahului 1-0.

Anak buah Seo Jung-won giat mengasak mencari jaringan penyamaan, namun sukar menembusi kubu pertahanan JDT yang lebih berdisiplin sekali gus menutup babak pertama untuk skuad Harimau Selatan mendahului 1-0. 






Masuk babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun voli Nacho Mendez pada minit ke-62 meletakkan namanya selaku penjaring selepas menerima hantaran cantik daripada Jonathan Silva.

Keputusan 2-0 itu kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan anak buah Xisco Munoz membawa pulang tiga mata pertama dari Chengdu, China.

Kemenangan itu meletakkan JDT di kedudukan keempat dalam saingan ACLE dengan empat mata selepas tiga perlawanan.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video