Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: 'Hatrik berganda' Bergson hadir tepat pada masa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson-new.jpg
Penggempur Johor Darul Ta'zim (JDT) Bergson da Silva, mengakui ledakan hatrik berganda yang dilakukan baru-baru ini hadir tepat pada waktunya, menjelang pertemuan penting menentang Machida Zelvia malam ini.

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, calon pemain naturalisasi negara itu menegaskan ia bukan sekadar rekod peribadi, tetapi menjadi dorongan besar untuk tampil lebih garang di pentas Asia.

Bergson mencipta sensasi apabila meledak hatrik dalam dua perlawanan terakhir berturut-turut.

Ia ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Sabah 8-0 untuk aksi Liga Super dan menumpaskan Bangkok United 4-0 untuk saingan Piala Shopee.

Menariknya, penjaring terbanyak Liga Super musim lalu itu mempamerkan persembahan memukau ketika bergelut mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Bergson terpaksa bersaing sengit bersama Jairo da Silva yang lebih banyak diturunkan dalam beberapa perlawanan awal.
 

"Saya sentiasa memikirkan perlawanan seterusnya. Bertemu Machida, saya optimis untuk menghadirkan prestasi terbaik," katanya.

"Kami akan menggunakan strategi dan taktikal yang telah diusahakan bagi menghadirkan tiga mata penuh."

Dan kini, dia percaya pasukannya mampu mengatasi lawan walaupun rekod berdepan kelab Jepun tidak memihak Harimau Selatan.

Memegang status 'raja' gol Liga Super menerusi jaringan terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 109 gol, Bergson turut berkongsi rahsia di sebalik tuah menyumbat jaringan.
Whey Protein

Bina Otot Padu

Nutrisi penting yang jadi pilihan atlet untuk prestasi harian.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video