Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hatrik Figueiredo, Bergson bantu JDT pesta gol atasi Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifi.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan buat kali keenam berturut-turut dalam saingan Liga Super 2025/26 selepas menewaskan Sabah 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Skuad kendalian Xisco Munoz agresif menyerang kubu pertahanan The Rhinos dalam separuh masa pertama sehingga rembatan kencang Oscar Arribas membuka tirai jaringan pada minit keenam. 

Momentum itu diteruskan Skuad Harimau Selatan dengan dua gol daripada Joao Figueiredo pada minit ke-11 dan ke-23 sebelum Raul Parra menambah jaringan keempat JDT.

Ketika kedua-dua pasukan hampir masuk ke bilik persalinan, Figueiredo sekali lagi membuktikan ketajamannya dihadapan gawang selepas menampan bola untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat sekali gus melengkapkan hatrik pertamanya untuk selesa mendahului Sabah 5-0.

Sabah lebih berdisiplin bertahan dalam 15 minit pertama separuh masa kedua sehingga JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas R.Dinesh mengasari Bergson daripada belakang.






Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya pemain Bergson untuk turut mencetak jaringan ke-107 peribadinya dan mencipta rekod tersendiri untuk mengatasi rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super milik bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin, iaitu sebanyak 106 gol.

Namun, Bergson terus menghukum anak buah Martin Stano dengan jaringan ketujuh selepas menanduk masuk bola pada minit ke-74 untuk Sabah ketinggalan 0-7.

Sebelum pengadil membunyikan tiupan wisel, Bergson melengkapkan malam yang sempurna buat JDT
apabila melengkapkan hatrik untuk jaringan kelapan buat pasukannya menewaskan Sabah 8-0 di laman sendiri.

Untuk rekod, Bergson kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 109 gol.
 
Football

Jersi JDT Terbaru

Dapatkan jersi JDT original sekarang


Stok terhad!

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video