Pemilik Buriram United, Newin Chidchob, melaungkan sentimen maruah Liga Thailand dalam pertaruhan apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Elit (ACLE), malam ini.
Newin menagih sokongan padu peminat di Chang Arena untuk menyemarakkan semangat anak buahnya bagi mengulangi kejayaan pertemuan musim lalu.
Justeru, juara empat kali berturut-turut Liga Thai itu mahu membuktikan keupayaan mereka sebagai jaguh Asia Tenggara dengan mencalarkan maruah Harimau Selatan sempena aksi Kumpulan A di Bangkok itu.
"Buriram United akan turun padang dengan penuh kesedaran dan sentiasa ingat bahawa kami berkhidmat sebagai wakil Liga Thai untuk membawa Liga Thai ke tahap maksimum, lebih jauh daripada tahun lalu dalam Kejohanan Kelab Asia dan kami tidak akan mengecewakan peminat Liga Thai.
"Setiap detik dalam perlawanan perlawanan hari ini, kami akan melakukan yang terbaik, tidak sambil lewa, lakukan seperti yang dirancang dan menamatkan permainan dengan kemenangan sebagai tanda terima kasih dan membalas budi semua penyokong.
"Hari ini, matlamat penting tidak kurang daripada kemenangan. Untuk peluang ke pusingan seterusnya, ia adalah untuk meningkatkan Liga Thai. Untuk rakan-rakan dalam Liga Thai ini berpeluang berjuang bersama di masa hadapan," menurut antara petikannya di laman sosial kelab itu.