Pemain kebangsaan, Faisal Halim, mencuri tumpuan seluruh peminat yang hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila melakukan penampilan pertama dalam pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sebagai pemain gantian.
Kepercayaan tersebut menyaksikan pemain sayap Selangor itu berjaya mendapatkan minit permainan paling lama sejak kembali beraksi selepas insiden serangan asid pada Mei lalu apabila dimasukkan pada minit ke-61 oleh ketua jurulatih, Nidzam Jamil.
"Alhamdulillah tiga mata penuh untuk pasukan di tempat sendiri meskipun bukan perlawanan yang mudah.
"Apa-apa pun saya bersyukur mendapatkan minit paling lama selepas lima bulan untuk saya melangkah satu per satu demi mencari semula prestasi.
"Bagi saya belum cukup lagi dan saya belum berpuas hati keranan saya masih di tahap mencari gaya permainan saya.
"Saya mencari rentak dan juga minit permainan kerana sampai masa saya berikan apa yang mampu," luahnya.
Najmi Iman
Fri Oct 04 2024