Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Selangor tumbang di laman sendiri

selan_1.jpg
Selangor memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan langkah kiri selepas tewas dalam perlawanan pembukaan berdepan Bangkok City 4-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Skuad kendalian Tochtawan Sripan yang bertandang membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Ilias Alhaft seawal minit ke-11 sebelum tandukan Muhsen menggandakan jaringan untuk pasukan pelawat selesa mendahului 2-0.

Masuk minit ke-23, giliran Chrigor Moraes pula merapatkan jurang kedudukan menjadikan kedudukan 1-2, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Ilias menambah jaringan satu minit kemudian buat Bangkok menjadikan kedudukan 3-1 sekali gus menewaskan Kalamullah buat kali ketiga.






Sebelum masuk ke bilik persalinan, Selangor sekali lagi dihukum apabila Harith Haikal diberikan layangan kad merah selepas mengasari penyerang pasukan pelawat.

Kemasukan Faisal Halim dan Alif Izwan memberikan impak segera buat Selangor apabila jaringan kedua tiba daripada Izwan untuk mengurangi deficit jaringan menjadi 2-3.

Semasa Selangor giat merancang serangan, tandukan daripada Philipe Maia meranapkan impian Gergasi Merah untuk bangkit sekali gus tewas 2-4 di laman sendiri.

Advertisement

Must Watch Video