Pemangku ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel, mengakui masa yang singkat bersama pasukan antara cabaran utamanya menjelang perlawanan Lion City Sailors dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) hari ini.
The Red Giants membuka kempen dengan kekalahan kepada Bangkok United dalam aksi pertama di laman sendiri ketika dibawah kendalian Kinoshi Katsuhito.
"Saya hanya ada empat hari dengan pasukan dan satu perlawanan setakat ini, tidak cukup masa, saya rasa dalam bola sepak kita memerlukan masa.
"Saya rasa pemain perlu terus bermotivasi dan mengimbangi campuran masa dengan lebih banyak tenaga dan menjadi pemangkin semangat dalam permainan," katanya.
Begitupun, jurulatih dari Perancis itu optimis dengan pemain Selangor yang bakal turun di Stadium Bishan pada jam 6 petang ini untuk membawa pulang tiga mata.
"Jadi saya tidak boleh mempersoalkan tentang itu dan itu tugas kami untuk menjadikannya kenyataan tidak mengira apa juga situasi.
"Tetapi saya percaya pada mereka. Pertama sekali kami ingin meraih tiga mata. Kami akan cuba buat perubahan mengikut apa yang saya lihat." ujarnya.
Cuba Sekarang

Fokus Macam Atlet
Latihan lebih padu dengan earbuds sport tanpa wayar, kekal focus setiap sesi.
Cuba Sekarang