Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Di mana Faisal Halim?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal.jpg
Ketiadaan bintang utama, Faisal Halim, dalam sesi latihan rasmi Selangor di Stadium MBPJ menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Persib Bandung malam esok, mencetuskan tanda tanya mengenai status kecergasan pemain itu.

Ini selepas ketua jurulatih interim, Christophe Gamel, dalam sidang media sebelum perlawanan, mendedahkan bahawa pasukannya mungkin menurunkan pemain daripada skuad B-23 berikutan masalah kecederaan.

Difahamkan, antara pemain utama yang mungkin akan diketepikan daripada aksi kali ini ialah Noor Al-Rawabdeh, Mukhairi Ajmal Mahadi, Sharul Nazeem Zulpakar dan Ahmad Zikri Khalili.

Gamel, dalam sidang media sebentar tadi berkata: "Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dalam perlawanan lalu jadi mereka tidak bersama kami hari ini.

"Jadi, saya terpaksa menggunakan beberapa pemain skuad B-23. Sudah pasti mereka akan menikmati momen ini tetapi mereka juga perlu mengambil tanggungjawab tentang kepentingan perlawanan ini.

"Ketika ini, kami benar-benar mengalami banyak masalah kecederaan. Kami akan mengatasinya kerana itulah fungsi berpasukan."

 

Advertisement

Must Watch Video