Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Berada di Pot 2, ini potensi lawan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acl2.jpg
Selangor akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) buat kali kedua selepas dipilih selaku naib juara Liga Super 2024/25 berikutan Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan juara Piala FA musim lalu.

Menerusi kemas kini terbaharu oleh Footy Rankings, Gergasi Merah diletakkan di Pot 2 rantau Asia Timur bersama tiga lagi pasukan (BG Pathum, Nam Dinh dan wakil Australia, Macarthur) selaku antara pasukan kedua terkuat. 

Menanti skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu adalah ancaman hebat daripada Pot 1 yang mengungguli ranking terbaik ACL2. 

Lion City Sailors (LCS) dan Cong An Ha Noi (CAHN) antara kelab yang berada di Pot 3 dan 4 berkemungkinan menjadi lawan Selangor dalam satu kumpulan. 

Berdasarkan format terdahulu, setiap pasukan akan bermain secara timbal balik sebelum dua kelab yang mengumpul mata tertinggi akan ke peringkat seterusnya. 

Memasuki pusingan kalah mati, 16 pasukan akan berentap secara timbal balik demi ke suku akhir dan separuh akhir, sementara aksi final dimainkan secara tunggal. 

Pertembungan akhir akan membabitkan wakil Asia Timur bertemu wakil Asia Barat. 

Adakah kita bakal menyaksikan Selangor akan berjumpa gergasi Arab Saudi yang merupakan kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr, dalam final? Sama-sama kita saksikan perjuangan wakil Malaysia ini. 

Untuk rekod, Selangor tidak berjaya melepasi peringkat Kumpulan H dan tersingkir susulan berada di tempat ketiga. 

Undian kumpulan akan berlangsung pada 15 Ogos 2025, Jumaat ini.

Ini gambaran undian musim baru: 
   

Advertisement

Must Watch Video