Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

ACL: Mora 'kekal berahsia' percaturan JDT bertemu Kawasaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

278318412_2269921789837774_4679126229616804706_n.jpg
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin mora, kekal berahsia mengenai percaturan Harimau Selatan menjelang pertemuan ketiga peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dua kemenangan berjaya diperoleh JDT dalam dua aksi terdahulu dan tumpuan mereka kini terarah kepada Kawasaki Frontale esok.

Benjamin lebih selesa untuk mengambil pendekatan berahsia mengenai percaturannya, sambil mengesahkan penjaga gol kedua JDT, Haziq Nadzli, bakal terlepas aksi menentang juara Liga Jepun itu. 

Sementara itu, pengendali Kawasaki, Toru Oniki, kekal dengan pendirian untuk mengamalkan corak permainan tersendiri sambil pantau pergerakan duo berbisa JDT di jentera hadapan.

Pada masa sama, Oniki menaruh sentuhan berbisa penyerang prolifik mereka, Leandro Damiyao untuk merobek barisan terakhir tuan rumah selepas gagal melakukan demikian pada aksi menentang Ulsan Hyundai.

Advertisement

Must Watch Video