Skip to main content

Bola Sepak

ACL: JDT perlukan usaha berganda atasi Ulsan Hyundai, kata Solari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

esteban-1.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, mengakui pasukannya perlu melakukan usaha berganda untuk mengatasi Ulsan Hyundai dalam perlawanan keempat Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

JDT hanya meraih satu kemenangan daripada tiga perlawanan pertama peringkat kumpulan, di mana mereka turut tewas 1-3 kepada Ulsan di gelanggang lawan dalam aksi terakhir hujung bulan lalu.

Menurut Solari, barisan pemain Harimau Selatan mampu menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi ia gagal diterjemahkan dalam bentuk tiga mata.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Astro Arena sebentar tadi, jurulatih kelahiran Argentina itu berkata: "Ia merupakan perlawanan keempat kami dalam kejohanan ini.

"Esok kami akan berdepan juara Korea Selatan dan pasukan kami kini sedang bermotivasi penuh dan sedang fokus.

"Kami sedar betapa pentingnya perlawanan keempat ini dan setakat ini, kami sudah merasai pahit-manis dalam saingan ini.

"Saya fikir kami mendominasi hampir keseluruhan permainan tetapi tidak mendapat mata yang kami mahukan dalam kejohanan ini.

"Jadi, kami memerlukan usaha berganda esok dan kami akan memberikannya kerana pasukan ini sedang bermotivasi.

"Pemain tahu setiap daripada mereka perlu melakukan sesuatu yang lebih baik, terutama bagaimana untuk menghadapi beberapa minit pertama dalam permainan.

"Kerana kami sedar Ulsan memiliki pemain yang hebat dengan mentaliti yang bagus, jadi kami perlu menghadapi mereka.

"Semua orang mahu menunjukkan yang kami sudah bersedia untuk kejohanan ini," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video