Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, menyatakan pasukannya layak untuk meraih kemenangan selepas kerja keras dan mampamerkan semangat juang yang tinggi tinggi ketika menewaskan Sabah 4-2 malam tadi.
Gol daripada Vitor Pernambuco, Izwan Yuslan, Quentin Cheng, Hugo Boumous memastikan tiga mata milik Selangor yang berkunjung ke Likas sekali gus meletakkan Selangor di puncak Liga Super 2026/27 dengan 21 mata.
"Saya sangat menghargai semua pemain yang menunjukkan semangat Red Giants, ini merupakan aksi di tempat lawan, ia sukar, beraksi waktu petang mencabar namun kami bekerja keras.
"Saya rasa kami layak untuk menang kerana kami bekerja sangat keras. Kami bolos dua gol, kami belajar sesuatu. Saya hargai apa yang pemain lakukan hari ini (semalam).
Untuk rekod, Selangor dan Johor Darul Ta'zim muncul satu-satunya pasukan yang masih belum tewas selepas saingan minggu ketujuh.