Kemenangan dalam tangan tetapi tidak menjadi kenyataan!
Tular di media sosial sejak semalam apabila seorang atlet cilik dipintas pelumba pada saat akhir namun teknik pergerakan pesaingnya itu difahamkan tidak mengikuti peraturan acara lumba jalan kaki.
Video yang tular itu mendapat reaksi dan perdebatan ramai pihak dengan rata-rata orang ramai berharap penilaian semula dapat dilakukan semua oleh pihak penganjur bagi melihat semula insiden yang berlaku.
Penganalisis sukan tempatan, Zakaria Rahim, turut berkongsikan pandangan, "Anda tak perlu jadi pengadil bertauliah atau professional untuk memutuskan pelumba baju oren itu berjalan atau berlari dalam acara jalan kaki.
"Peraturan acara jalan kaki jelas bahawa lutut tidak boleh bengkok ketika kaki hadapan mula menyentuh tanah kerana hanya berlari sahaja yang akan membuat lutut bengkok.
"Tapi dari video ini sesiapa pun tak perlu tukar ke mode slow mo untuk indentify kedua2 kaki pelumba baju oren tu terapung. Ini kerana selain lutut bengkok, kaki tidak boleh terapung kerana itu dikategorikan berlari, bukan berjalan.
"Untuk berjalan, salah satu kaki harus sentiasa berada di tanah.
Manakala adik berbaju gelap itu melakukan aksi jalan kaki yang betul dan itu contoh betul peserta acara lumba jalan kaki.
"Ada terbaca luahan si bapa sebelum ini. Dia melakukan bantahan. Tapi bantahannya ditolak dan pelumba berbaju oren tetap diisytiharkan menang." kongsinya.
Credit Video/Photo: Olahraga Malaysia