Beregu campuran negara, Wee Yee Hern-Vannee Gobi, mencipta sensasi apabila mara ke pentas akhir Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2026 di Akademi Badminton BBD Uttar Pradesh, semalam.
Mereka menewaskan wakil tuan rumah, Sathwik Reddy Kanapuram-Reshika Uthayasooriyan, menerusi akhir straight set, 21-17,21-17 dalam temoh 34 minit.
Mereka akan turun dalam kejohanan berstatus Super 300 itu hari ini berdepan lawan dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Rinjani Kwinnara Nastine, untuk memburu gelaran kedua tahun ini.
#SyedModiIndiaInternational2026 XD | SF #MAS 🇲🇾 Wee Yee Hern-Vannee Gobi def. #IND 🇮🇳 Sathwik Reddy Kanapuram-Reshika Uthayasooriyan 21-17, 21-18 ⏱️ 34 mins 🔥 BACK-TO-BACK FINALS! 🇲🇾 Yee Hern-Vannee booked their place in their second consecutive final with a straight-games victory over India’s Sathwik-Reshika, marking their maiden SUPER 300 final appearance! 💪🏻🏸 #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia
— BAM (@BA_Malaysia) November 28, 2026
Terdahulu, Yee Hern-Vannee, menjuarai Kejohanan Badminto Masters Kaohsiung yang berstatus Super 100 di Taiwan bulan lalu.