Manchester United terpaksa akur tewas 0-4 kepada Brentford dalam saingan minggu ke-12, Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam tadi.
Harapan pengurus baharu, Mauricio Pochettino, -- yang menggantikan Michael Carrick sebagai pengurus United minggu lalu-- untuk melakar kemenangan pertama di laman sendiri pada penampilan sulungnya itu tidak kesampaian.
Callum Wilson muncul hero Brentford apabila meledak dua gol sementara Kristoffr Ajer dan Kevin Schade menjaringkan satu gol untuk kemenangan 4-0 buat skuad The Bees untuk membawa pulang tiga mata dari tempat lawan.
Full-time. https://t.co/6hDiXpUebs
— Manchester United (@ManUtd) November 28, 2026
Kelemahan barisan pertahanan kembali menghantui skuad The Red Devils sekali gus menyaksikan United jatuh di kedudukan ke-19 dalam carta kedudukan liga dengan hanya mengumpul lapan mata dan satu kemenangan daripada 12 perlawanan.
Sementara, Brentford kini melonjak ke tangga kelima dengan 20 mata, selepas mencatat kemenangan pertama mereka di Old Trafford sejak tahun 1937.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama United tewas dalam perlawanan liga berturut-turut dengan margin sekurang-kurangnya empat gol sejak 'Boxing Day' 1963.