Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Kami seri berdepan Buriram -- Jurulatih Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kino.jpg
Jurulatih Selangor, Katsuhita Kinoshi, tidak mahu menjadikan jadual yang padat sebagai alasan untuk mencipta kemenangan berdepan Tampine Rovers dalam aksi kedua Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, esok.

Malah, jurulatih berusia 60 tahun itu berasakan berdepan lawan yang kuat adalah peluang terbaik The Red Giants menambah kualiti ketika beraksi di atas padang.

"Setiap kejohanan kami mempunyai sasaran untuk pergi sejauh mungkin, kami juga ada jadual yang padat. Kami baru pulang dari Kuching dan hari ini berlatih untuk aksi esok.

"Ini ada peluang mengukur tahap dimana kami berada, dan untuk menjadikan kami lebih baik berbanding sebelum ini. Untuk menjadi lebih baik perlu berdepan lawan yang kuat. Ini peluang terbaik.

"Kami perlu bersedia untuk aksi esok, kami perlu cuba dan lakukan. 

Dalam pada itu, Kinoshi mengakui tekanan yang kunjung tiba selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini, namun dia mahu pasukannya mengubah mentaliti dan fokus pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, esok.   

Untuk rekod, Selangor seri 1-1 ketika berdepan Buriram United dalam perlawanan pertama.

"Semestinya ada tekanan, tetapi saya di sini untuk bertanggungjawab dan ini kerja saya. 

"Ini kejohanan berbeza, kami perlu tukar mentaliti kami contohnya dalam kejohanan ini kami seri berdepan Buriram jadi tidak kira kami tewas berdepan Kuching City atau Bangkok United. Kami perlu fokus untuk aksi ini.

"Kami perlu menang, setiap perlawanan kami perlu menang." tambahnya.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video