Abu Bakar Fadzim mahu menggunakan kesempatan bertemu Pahang di Stadium Perak malam esok untuk memperbaiki kedudukan PKNP FC dalam saingan Liga Super selain persediaan mental bagi menghadapi saingan separuh akhir Piala FA.
"Ini perlawanan penting.
"Kami bertemu Pahang dalam liga dan akan berentap lagi dalam separuh akhir Piala FA.
"Selain mahukan mata pada malam esok, perlawanan ini juga sebagai kayu pengukur prestasi dan persediaan pasukan dalam pertembungan separuh akhir pada 23 Jun nanti.
"Beraksi di Ipoh, pemain saya lebih segar kerana tidak perlu berkelana. Saya harap tuah bermain di Stadium Perak membantu," ujar pengendali itu.
Abu Bakar juga lega apabila peman import baru dari Chad, Karl Max Dany, dapat diturunkan setelah semua proses dokumentasi selesai.
"Kehadiran Dany diharapkan dapat membantu bahagian serangan memandangkan Mohammad Hafiz Ramdan masih lagi cedera.
"Dia akan bergandingan dengan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi manakala gandingan Ritus Krjauklis dan Kim Sang Woo di bahagian pertahanan semakin serasi," ujarnya.