Barcelona mengesahkan bahawa Eric Abidal akan mengambil-alih jawatan pengarah sukan kelab bagi musim 2018/19 menggantikan Robert Fernandez.
Kontrak Fernandez bersama Barca bakal tamat pada bulan ini dan tidak akan disambung, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Catalan itu.
Peranan Fernandez bersama pasukan menerima kritikan hebat selepas perpindahan rekod dunia melibatkan Neymar dari Camp Nou ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim lalu sambil beberapa pemain yang dibawa masuk gagal memberikan impak kepada Barca.
Abidal, yang menyarung jersi Barca dalam tempoh 2007 hingga 2013, menghidap penyakit serius serta proses pembedahan melibatkan hati sewaktu berada di Camp Nou sebelum bertindak sebagai duta kelab pada tahun lalu.
"Barcelona mengumumkan bahawa Robert Fernandez tidak akan diperbaharui kontraknya sebagai pegawai teknikal skuad utama yang bakal tamat pada 30 Jun ini," kata kenyataan wakil Barcelona.
"Pihak kelab berterima kasih kepada Fernandez di atas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada Barcelona dan kami mengucapkan selamat maju jaya buatnya."
Abidal akan diperkenalkan sebagai pengarah sukan baru Barcelona pada 18 Julai depan.