Pemain tengah Paris Saint-Germain, Blaise Matuidi, percaya pasukannya berdepan cabaran paling sukar dalam Ligue 1 selepas tewas buat kali kedua.
Serge Aurier dibuang padang pada babak kedua perlawanan, dilayangkan kad kuning kedua serta memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan.
Yann Bodiger meledak gol daripada sepakan penalti dan Jimmy Durmaz merakamkan kemenangan buat Toulouse untuk menduduki tangga pertama Ligue 1.
PSG telah memenangi empat gelaran liga berturut-turut, tetapi Matuidi mengakui cabaran yang menanti mereka musim ini
"Tahniah kepada Toulouse, mereka telah berjaya menewaskan PSG. Kami telah bermain dengan baik dalam separuh masa pertama," kata Matuidi.
"Sepakan penalti dan Aurier dibuang padang mengubah rentak perlawanan. Dengan 10 pemain, amat sukar untuk kami bangkit.
"Kami akan terus bekerja keras, perjalanan masih jauh.
"Setiap musim adalah sukar. Tetapi musim ini cabaran PSG lebih sukar."