Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hisamudin Yahaya, berkongsikan bahawa keputusan pertambahan pemain import kepada 15 pemain adalah bagi membantu pasukan yang akan bersaing di pentas Asia nanti.
Malah, dia turut menjelaskan pihak MFL mengambil inisiatif dengan membenarkan semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) untuk mendaftar 15 import bagi memastikan keadilan buat semua pasukan.
"Pertambahan kuota pemain import ini dilihat mampu membantu kelab-kelab yang akan bersaing dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACLE), Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan Kejohanan Kelab Asia Tenggara memandangkan cabaran semakin sengit daripada kelab besar di rantau ini.
"Penyertaan kelab Liga M dalam kejohanan anjuran AFC juga penting untuk kedudukan ranking kelab Asia, bagi memastikan kelab dari Malaysia terus mendapat atau menambah slot ke pentas tertinggi bola sepak Asia,
"Bagi memastikan keadilan, MFL memutuskan untuk membenarkan kesemua pasukan Liga M mendaftar 15 pemain import. Terpulang kepada kemampuan dan keperluan pasukan sama ada mahu memanfaatkan kuota itu atau tidak.
"Jadi, tidak timbul isu MFL tunduk kepada permintaan JDT kerana keputusan ini dibuat bersama, berdasarkan keperluan semasa dan kemampuan semua pasukan." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Terdahulu, MFL membenarkan sejumlah 15 import bagi memperkuat setiap pasukan berdasarkan kemampuan tersendiri dimana Kelab harus mematuhi peraturan dengan komposisi empat import terbuka + satu kuota Asia + dua dari Asia Tenggara (ASEAN) bagi satu masa di atas padang.