Sebilangan pemuda yang sedang meraikan kejayaan Maghribi ditahan pihak berkuasa Belanda.
Beberapa lokasi antaranya di The Hague dam Haag gempar apabila lima pemuda berketurunan Maghribi digempur anggota pencegah rusuhan Belanda ketika asyik meraikan kejayaan wakil Afrika menyingkirkan skuad Oranje.
Beberapa pemuda pula sempat lari bertempiaran ketika pihak berkuasa turut menggunakan senjata dalam operasi tersebut.
Pihak berkuasa Belanda menjelaskan tindakan keras itu diambil berikutan aduan aktiviti membakar suar, selain bunyi hon dan ngauman enjin kenderaan oleh kumpulan penyokong Maghribi sejurus perlawanan pada jam 5 pagi.