Bintang tenis, Aryna Sabalenka, terharu dengan sokongan yang ditunjukkan Sir David Beckham yang menonton pertarungannya dalam kempen Wimbledon.
Bekas pemain Manchester United tidak berganjak biarpun kawasan Royal Box itu hampir kosong sebaik acara lelaki berakhir.
Sabalenka, 28, mencatat kemenangan ke atas pemain kurang ternama, Teodora Kostovic dan dalam pasca perlawanan itu, dia berterima kasih kepada Beckham -- yang hadir di samping ibunya, Sandra -- kerana sudi datang melihat aksinya.
