Skuad Portugal tidak perlu menghiraukan segala spekulasi yang berkaitan Cristiano Ronaldo.
Bintang Portugal itu kembali diselubungi persoalan mengenai prestasinya ekoran kegagalan menemui sentuhan ketika menentang Columbia di peringkat kumpulan.
Keputusan itu menyaksikan mereka bakal mengadakan pertemuan dengan Croatia, Jumaat ini.
Sebaliknya, Joao Felix -- yang kedudukannya dalam kesebelasan utama juga belum terjamin -- menegaskan segalanya terpulang kepada ketua jurulatih, Roberto Martinez.
"Ketua jurulatih akan memuktamadkan pemilihan kesebelasan utama," katanya.
"Apa sahaja yang diperkatakan, mungkin kami tidak perlu melihatnya.
"Apa yang penting adalah mendengar idea jurulatih dan apa yang difikirkan sebagai pendekatan tepat."