Skip to main content

Sukan Lain

Tokyo 2020: Masa latihan semuanya menjadi -- Pandelela Rinong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pandelela-2.jpg
Penerjun 10m platform wanita negara, Pandelela Rinong, menganggap nasi sudah menjadi bubur berikutan hasratnya untuk memanjat podium Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada hari ini tidak kesampaian. 

Dia menduduki tangga ke-12 dalam final 10m platform individu di Pusat Akuatik Tokyo itu selepas bermula kurang baik dalam terjunan pertamanya, sekali gus menduduki tempat terkebelakang. 

"Saya rasa semifinal (prestasi yang saya pamerkan adalah) lebih baik sebab ketekalannya. 

"Memang terkejut sebab tidak sangka jadi begitu. 

"Masa latihan semuanya menjadi, oleh itu saya terima sahajalah. 

"Jurulatih kemudian berpesan agar terus lompat dan berikan aksi terbaik," katanya. 

Antara punca yang mengakibatkannya meraih 18 mata dalam terjunan adalah kerana kakinya terkena platform. 

Walaupun berusaha keras dalam terjunan berikutnya untuk mendapat 71.05 mata yang merupakan yang terbaik baginya, ia belum mampu mengubah nasibnya dalam pemburuan pingat.


*Kredit foto: asiana.my 
 

Advertisement

Must Watch Video