Skip to main content

Olimpik

Tokyo 2020: Dua atlet di perkampungan sukan positif COVID-19

olympic-village.jpg
Dua atlet di perkampungan sukan, Sukan Olimpik Tokyo 2020, diuji positif koronavirus menjelang pembukaan temasya itu, demikian diumumkan pihak penganjur malam tadi.

Dua atlet itu -- yang dilaporkan bukan penduduk Jepun -- kini telah diasingkan di bilik hotel selama 14 hari. Ia bermakna sudah tiga kes dicatatkan di perkampungan sukan itu selepas orang pegawai turut disahkan positif sebelum ini.

Sudah 55 kes positif berkaitan Sukan Olimpik telah dicatatkan sepanjang bulan ini, di mana 10 daripadanya dikesan semalam dengan atlet di luar perkampungan sukan juga ada yang telah dijangkiti.

Kadar jangkitan di Tokyo meningkat sebanyak 1,000 kes sepanjang empat hari ini dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai acara sukan global yang akan bermula itu.

Sukan Olimpik 2020, yang ditunda setahun berikutan pandemik global berkenaan, akan bermula secara rasmi pada Jumaat ini dan dianjurkan sebahagian besar tanpa penonton berikutan perntah darurat yang diumumkan di Tokyo.

Sekitar 11,000 atlet daripada 205 jawatankuasa Olimpik kebangsaan dijangka akan memenuhi perkampungan sukan di Tokyo sepanjang tiga minggu ini.

 

Advertisement

Must Watch Video