EURO 2024
Separuh masa EURO 2024: Tandukan Samet Akaydin pastikan Turkiye mendahului Belanda
Turkiye mendahului Belanda 1-0 dalam separuh masa pertama suku akhir saingan EURO 2024 di Stadium Olympiastadion, Berlin, sebentar tadi.
Turkiye membuka jaringan pada minit ke-35 melalui tandukan pemain pertahanan, Samet Akaydin, apabila menanduk hantaran kemas daripada Arda Guler daripada luar kotak penalti untuk meletakkan Turkey di depan 1-0.
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 6, 2024Memphis Depay, Cody Gakpo dilihat sukar menembusi barisan benteng pertahanan Turkiye yang bertahan dengan momentum yang baik dalam separuh masa pertama.
Iklan
Separuh masa kedua bakal menyaksikan satu lagi pasukan yang akan menempah slot terakhir untuk mara ke separuh akhir EURO 2024 dan sekiranya keputusan ini kekal maka skuad Vincenzo Montella akan melangkah ke pusingan seterusnya.
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 6, 2024
Must-Watch Video