Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa EURO 2024: Switzerland buat Jerman tergamam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ndoye.jpg
Jerman ketinggalan dengan satu jaringan susulan jaringan Dan Ndoye dalam aksi ketiga peringkat kumpulan Euro 2024 di Frankfurt Arena.

Switzerland dalam misi untuk membawa cabaran ke pusingan 16 menambah suntikan yang cukup baik apabila berjaya mendahului 45 minit pertama dengan satu jaringan.

Hantaran silang Remo Freuler pantas disambar Ndoye untuk membuka jaringan pada minit ke-21.

Secara keseluruhan dalam separuh masa pertama, permainan memihak Jerman yang memegang penguasaan bola sebanyak 68 peratus sementara menghasilkan secara keseluruhan tujuh percubaan berbanding dua yang dicetak Switzerland. 

Advertisement

Must Watch Video