Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa EURO 2024: Perancis, Belgium kebuntuan gol dalam pertemuan blokbuster

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

halftime-france-belgium.jpg
Perancis dan Belgium kebuntuan gol menjelang separuh masa aksi blokbuster pusingan 16 Euro 2024 di Dusseldorf ketika ini.

Kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu mempamerkan aksi menarik sepanjang 45 minit tetapi penyudah yang dicari-cari tidak kunjung tiba.

Perancis lebih banyak menguasai permainan menuju ke waktu rehat dengan Aurelien Tchouameni memperoleh dua peluang terbaik menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-39 dan waktu kecederaan tetapi kedua-duanya melewati palang gol.
 

Advertisement

Must Watch Video