Separuh masa pertama menyaksikan Jerman mendahului 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A di MHP Arena, sebentar tadi.
Hungary hampir memberi kejutan seawal minit pertama tetapi sepakan Barnabas Varga diselamatkan Manual Never.
Peluang Jerman hadir menerusi penyerang Arsenal, Kai Havertz, yang mudah menembusi pertahanan lawan tetapi berjaya diselamatkan oleh Peter Gulacsi apabila bola terkena tepat pada tangan penjaga gawang.
Jaringan pertama Jerman hadir menerusi pemain muda, Jamal Musiala, pada minit ke-22 selepas benteng pertahanan Hungary gagal mengeluarkan bola daripada kotal penalti dalam keadaan yang huru-hara.
Selang tiga minit kemudian, ketangkasan Manual Never berjaya menafikan sepakan penjuru Hungary yang tepat meluru ke gawang pasukan Die Mannschaft.
Hungary hampir menyamakan kedudukan pada minit 42 melalui tadukan daripada sepakan penjuru pengadil terlebih dahulu mengangkat bendera ofsaid.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 dengan kedua-dua pasukan agresif menyerang sekaligus memaksa jentera pertahanan pasukan masing-masing berkerja keras.
Sekiranya keputusan kekal maka Jerman akan menjadi kelab pertama melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

We go in at HT 1-0 up ?#DFB #GermanFootball #GermanMNT #EURO2024 #GERHUN
— German Football (@DFB_Team_EN) June 19, 2024
? DFB/ Philipp Reinhard pic.twitter.com/7Bo4x6y5On