Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa EURO 2024: Freuler letak Switzerland di hadapan, Itali semakin gusar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sw.jpg
Switzerland berjaya mendahului Itali 1-0 dalam separuh masa pertama dalam perlawanan pusingan 16 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.

Breel Embolo hampir memberikan kelebihan buat Switzerland pada minit ke-23 tetapi sepakannya berjaya diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma untuk keputusan kekal 0-0.


 

Switzerland berjaya membuka jaringan awal pada minit ke-37 menerusi pemain tengah, Remo Freuler, yang merembat bola hasil hantaran Ruben Vargas.

Dua minit sebelum wisel dibunyikan, sepakan penjuru Fabian Rieder hampir menghukum Itali sekali lagi tetapi Donnarumma terus menjadi penyelamat untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0.

   

Advertisement

Must Watch Video