Pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong telah disingkirkan daripada skuad Belanda susulan gagal memulihkan kecederaan buku lalinya sekali gus terlepas perlawanan Euro 2024.
Pemain berusia 27 tahun itu muncul sebagai pemain tengah Belanda sejak penampilan sulung antarabangsanya pada 2018 sambil mengumpul 54 kaps dan menjaringkan dua gol.
Bagaimanapun, dia tidak bermain sejak kekalahan Barcelona kepada juara Laliga, Real Madrid, dalam pertemuan El Clasico, April lalu.
Ketua jurulatih Belanda, Ronald Koeman mendedahkan bahawa bekas pemain Ajax Amsterdam itu telah diasingkan daripada sesi latihan dan tidak dapat membuat penampilan dalam aksi pembukaan kumpulan D bertemu Poland, minggu ini.
Dalam satu sesi sidang media, Koeman mengecam tindakan bekas pasukannya yang mengendalikan proses kecederaan De Jong.
"Dia menderita kecederaan buku lali dan Barcelona tetap mengambil risiko untuk menurunkannya dan kini kami yang merasai kehilangannya," katanya.

Frenkie de Jong won’t participate at EURO 2024. ?
— OnsOranje (@OnsOranje) June 10, 2024
We are with you, Frenkie. ?#NothingLikeOranje pic.twitter.com/JlR3V5ETyZ