Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama EURO 2024: Jerman kekal barisan terbaik, Hungary mahu mata pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

germany.jpg
Perlawanan kedua Kumpulan A menyaksikan Jerman masih memberi kepercayaan penuh pada skuad sedia ada manakala Hungary mencari mata pertama bagi terus menghidupkan peluang mara ke peringkat kalah mati EURO 2024.

Jerman masih mengekalkan kesebelasan utama ketika melakar kemenangan besar berdepan Scotland tempoh hari dalam perlawanan menentang Hungary awal pagi ini.



 

Selain penjaga gol berpenggalaman, Manuel Never,  skuad Die Mannschaft masih meletakkan kepercayaan kepada empat benteng pertahanan terbaik mereka iaitu Antonio Rudiger, Jonathan Tah, Joshua Kimmich dan Maximilian Mittelstadt.

Robert Andrich bersama Toni Kroos dibahagian tengah dan Jamal Musiala, Iker Gundogan, Florian Wirtz dan Kai Havertz di bahagian serangan.

Dalam pada itu, Hungary pula menukar pemain dari aspek pertahanan dengan meletakkan Attila Fiola, Marton Dardai bersama pertahanan tengah Willi Orban yang masih dikekalkan.

Empat pemain di bahagian tengah pula adalah Milos Kerkez, Andras Schafer, Adam Nagy dan Bendeguz Bolla. Manakalah, jentera serangan diketuai Dominik Szoboszlai, Rolan Sallai dan Barnabas Varga.
 

Advertisement

Must Watch Video