EURO 2024
EURO 2024: Tiada langsung keraian 'Siuuu' daripada Ronaldo
Portugal mengakhiri kempen Euro 2024 dalam saingan suku akhir selepas ditewaskan oleh juara Piala Dunia 2018, Perancis, dalam penentuan sepakan penalti yang berlangsung di Stadium Volkspark, sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, juga tidak berjaya menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit sepanjang lima perlawanan Portugal bermain dalam kejohanan paling berprestij Eropah itu.
Dalam masa sama, desas-desus mengatakan bahawa ini adalah penampilan terakhirnya mewakili skuad kebangsaan tersebut dalam Euro berkemungkinan menjadi kenyataan susulan gagal membawa skuad kendalian Roberto Martinez itu ke pentas akhir kejohanan.And so, Cristiano Ronaldo ends his Euro campaign with 0 goals in normal time.End of an era? ?? pic.twitter.com/9aBkvhdDPG— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) July 5, 2024
Iklan
Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu hanya mencipta dua jaringan sahaja dalam dua penentuan sepakan penalti ketika bertemu Slovania dan Perancis.
Must-Watch Video