Luciano Spalletti percaya kem Itali mungkin semakin tenang, seterusnya mempamerkan peningkatan dalam EURO 2024 dan ia bermula di peringkat kalah mati tengah malam ini.
Skuad Azzurri akan kembali ke Olympiastadion Berlin di mana mereka pernah menjulang Piala Dunia pada 2006 untuk berdepan Switzerland dalam pusingan 16 selepas barisan asuhan Spalletti itu melepasi Kumpulan B dengan corak permainan yang kurang meyakinkan.
Itali terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Albania selain tewas kepada Sepanyol dan memerlukan saat-saat akhir untuk mengikat Croatia 1-1 untuk mara selaku pasukan di tempat kedua.
Begitupun, Spalletti melihat pemainnya lebih tenang untuk mengharungi pusingan kalah mati setelah bergelut di peringkat kumpulan.
"Kami menghadapi kumpulan yang sukar dan anda boleh tahu tekanannya ke atas pemain termasuk saya," kata ketua jurulatih Itali itu dalam sidang media pra-perlawanan.
“Kami sudah melepasi peringkat kumpulan, saya jangka pemain akan menjadi lebih santai kerana dalam pusingan kalah mati apa sahaja boleh berlaku, sebagaimana tekanan dalam fasa kumpulan.
"Kami hanya akan melepasi sekiranya kami memenangi perlawanan ini, jika tidak maka kami tidak akan menang jadi kami perlu fokus. Tiada pilihan lain lagi."

A place we know rather well! ? ?️ #SUIITA #EURO2024 #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/mzzBjntMUE
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) June 28, 2024