Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Skuad Portugal dilatih teknik bantuan kecemasan CPR

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cpr.jpg
Skuad Portugal dilatih kemahiran asas teknik Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) bagi tujuan kecemasan sekiranya terdapat insiden pengsan mahupun kesukaran bernafas ketika beraksi di atas padang.

Sebelum ini berlaku situasi cemas kepada kapten pasukan Denmark, Christian Eriksen yang rebah secara tiba-tiba semasa beraksi menentang Finland dalam saingan EURO 2020.


 


Unit paramedik memberikan bantuan pernafasan kemudian membawa pemain Manchester United itu keluar untuk menerima rawatan lanjut.

Advertisement

Must Watch Video