Gandingan wanita kebangsaan, Nur Syahira Amani Abdullah-Helena Jamal, meraih pingat emas dalam Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-25 di Pusat Boling Jaya Ancol, Jakarta, Indonesia semalam.
Mereka menewaskan lawan dari Hong Kong, Tavia Wong Tsz Ching-Law Wai Ching, dengan mempamerkan kebangkitan pada set terakhir meskipun ketinggalan 15 pin, namun berjaya meraih gelaran dengan sensasi 426 jatuhan pin keseluruhan berbanding seteru yang mengutip 374.
Tempat ketiga menjadi milik wakil dari Singapura.