Robot humanoid dari Tiangong Ultra China berlari 100 meter (m) dalam masa 8.86 saat (s) dalam Sukan Robot Humanoid Dunia di Beijing semalam.
Ia, lebih pantas daripada rekod dunia yang terhasil oleh manusia milik legenda, Usain Bolt, yang mencatat 9.58s pada tahun 2009.
Peningkatan pesat robot tersebut telah menjadi salah satu tarikan utama pada edisi kedua di mana lebih daripada 2,000 robot daripada 666 pasukan bertanding dalam 51 acara termasuk pertandingan bola sepak, tarian dan tugasan perindustrian.
Tiangong memenangi acara 100m pada temasya sulung tahun lalu dengan masa yang lebih perlahan iaitu 21.50s, beberapa bulan selepas meraih kemenangan pada separuh maraton robot humanoid pertama di dunia di Beijing dengan masa selama 2 jam 40 minit.
New record for humanoid 100m sprint: 8.86 seconds.
Funny that robots end the race by crashing into a mattress. They should disqualify anyone who can't come to a controlled stop within 50 meters of the finish line. pic.twitter.com/wwxB2HZSUe— The Humanoid Hub (@TheHumanoidHub) August 25, 2026
Teknologi itu melepasi garisan penamat denga masa di bawah sembilan saat sebelum rebah menghasilkan api akibat hentaman pada sebuah penghalang.
Pusat Inovasi Robot Humanoid Beijing berkata bahawa robot Tiangongnya telah pun memecahkan empat rekod dunia manusia. Selain pecutan 100m, ia menunjukkan masa 400m selama 38.15 saat, 1,500m selama 2 minit 21.64 saat, dan lompatan setinggi 2.88 meter.
China telah menetapkan robot humanoid sebagai industri baru yang strategik, ketika syarikat dan pembuat dasar berusaha untuk menterjemahkan kemajuan dalam kecerdasan buatan, motor dan sensor ke dalam kegunaan dalam pembuatan, logistik dan perkhidmatan.