Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Jerman fokus serlahkan Jamal Musiala berbanding fikir rantai Lamine Yamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

musiala.png
Julian Nagelsmann menjelaskan persiapannya untuk pertembungan suku akhir Jerman dengan Sepanyol berkisar kepada Jamal Musiala, bukannya Lamine Yamal.

Yamal, yang menjadi hanya pemain remaja ketiga yang mencipta hantaran gol tertinggi dalam kempen EURO selepas Enzo Scifo melakukannya pada 1984 sementara Cristiano Ronaldo 2004 telah menjadi tunjang utama yang membawa La Roja mara sejauh setakat ini. 

Pemain berusia 16 tahun itu juga menyempurnakan 94 peratus daripada hantarannya ketika di bawah tekanan, kadar tertinggi untuk mana-mana pemain Sepanyol yang bermain sekurang-kurangnya 180 minit dalam EURO 2024.

Bagaimanapun, Musiala turut menyinar dalam kejohanan antarabangsa utama keduanya dan kini merupakan penjaring terbanyak bersama menjelang pertemuan suku akhir tengah malam ini. 

"Fokus saya kurang kepada Yamal sebaliknya lebih kepada Jamal. Daripada segi serangan, kami sendiri memiliki kemampuan tinggi," kata ketua jurulatih itu.

 

"Yamal adalah bakat besar. Dia sangat konsisten tahun ini dan tidak ramai yang sebegitu dan untuk kelabnya juga, Barcelona.

"Dia baru berusia 16 tahun, ini juga bermakna pemain kami mempunyai peluang untuk mengekangnya. Kami akan lihat bagaimana dia bertindak balas apabila keadaan menjadi sukar."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video