Luciano Spaletti berkata Itali akan mengekalkan identiti mereka tetapi tidak akan melakukan kesilapan besar dengan memang rendah Sepanyol dalam aksi blukbuster Kumpulan B, Euro 2024 di Gelsenkirchen awal pagi esok.
Itali membuka kempen Euro 2024 dengan kemenangan 2-1 ke atas Albania hujung minggu lalu, di mana mereka bangkit selepas ketinggalan dengan gol terpantas dalam sejarah Eropah, iaitu selepas hanya 23 saat permainan.
Sepanyol, dalam pada itu, meraih kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Croatia dalam aksi pembukaan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan itu sedang mendahului carta pasukan berkenaan.
Kemenangan dalam perlawanan itu akan menjamin kemaraan mereka ke pusingan 16 dan mencerahkan peluang untuk muncul juara kumpulan, sekali gus memperoleh laluan yang lebih mudah di peringkat kalah mati.
Ditanya apakah perancangan Itali untuk menafikan ancaman Sepanyol, Spalletti lebih memilih untuk memuji corak permainan lawan itu.
"Kami memiliki penghormatan tertinggi buat sejarah dan prestij Sepanyol dan kualiti tertinggi dimiliki pemain mereka ketika ini," kata ketua jurulatih Itali itu.
"Kami akan memakai seragam Giorgio Armani dan Giorgio Armani merupakan jenama terkenal dunia. Jadi, kami akan turun dengan seragam sama, mencuba dan menjadi diri kami dengan identiti kami dan bermain dengan cara sama.
"Tetapi sudah pasti kami perlu menunjukkan keinginan yang sama seperti lawan kami untuk menguji diri kami berdepan salah sebuah pasukan dengan falsafah bola sepak terbaik di dunia.
"Apabila kami meninggalkan padang, kami perlu pastikan yang kami tiada sebarang penyesalan.
"Kami perlu mencuba bermain dengan cara kami dengan seragam terbaik kami tetapi kami bersedia untuk mencalarkan seragam kami jika itu satu keperluan," katanya.