Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Bukayo Saka lega atasi igauan buruk edisi lalu

saka.jpg
Bukayo Saka gembira kerana berhasil mengatasi belenggu kegagalan penentuan sepakan penalti sebelum ini.

Dia membantu England menundukkan Switzerland menerusi situasi dalam di peringkat suku akhir EURO 2024 awal pagi tadi. 

Saka menyamakan kedudukan hanya lima minit selepas gol pembukaan Breel Embolo pada minit ke-75 di Dusseldorf, namun kedua-dua pasukan tidak dapat dipisahkan sepanjang 120 minit.

England acap menanggung kegagalan dalam penentuan sepakan penalti berbanding negara lain -- baik di peringkat Piala Dunia dan EURO iaitu sebanyak tujuh kali termasuk ketika menyaksikan kegagalan bintang Arsenal tersebut dalam perlawanan akhir edisi empat tahun lalu.





Namun, pemain sayap itu berjaya menyempurnakan tugasan dari jarak 12 ela berkenaan bagi menyusuli kehebatan Jordan Pickford yang menepis sepakan Manuel Akanji, sebelum Trent Alexander-Arnold menghantar England ke babak separuh akhir di Dusseldorf Arena.

"Untuk bangkit daripada sesuatu yang pahit seperti itu sangat sukar, hari ini saya mengambil peluang yang ada," kata penyerang England tersebut di BBC One.




"Saya akan meletakkannya kebangkitan ini sebagai pencapaian istimewa. Kami berjuang dan mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti. Kali terakhir kami berdepan situasi serupa dalam EURO, kita tahu apa yang berlaku. 

"Saya rasa kami menguasai keseluruhan permainan ini dan peluang akan datang jadi saya memanfaatkannya. 

"Saya bangga dengan diri sendiri."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video