Fernando Santos yakin Diogo Jota sempat cergas sepenuhnya untuk kempen Portugal mempertahankan kejuaraan Euro 2020 biarpun dihimpit masalah kaki.
Penyerang Liverpool itu dilanda kecederaan dalam kemenangan 4-2 ke atas Manchester United di Old Trafford, minggu lalu -- perlawanan di mana dia turut mencetak jaringan -- lalu diketepikan The Reds dalam dua perlawanan berikutnya.
Namun, Klopp mendedahkan pemain berusia 24 tahun itu berpeluang tipis untuk turun dalam perlawanan terakhir Liverpool di kandang Crystal Palace, Sabtu ini.
Sebaik senarai 26 pemain Portugal untuk kejohanan peringkat benua berkenaan yang dijadualkan semula itu bulan depan diumumkan, Santos mengesahkan Jota dalam perjalanan untuk kembali beraksi dengan segera.
"Maklumat yang saya ada adalah dia dalam keadaan sihat secara klinikal dan pada 27 Mei depan, dia akan mula berlatih dengan rakan-rakannya," katanya dalam sidang akhbar malam tadi.
"Mereka yang bertugas di jabatan klinikal menghubungi saya sebaik keputusan ujian kecederaannya keluar. Saya mahu memastikan setiap pemain dianalisis. Itulah sesuatu yang harus saya pertimbangkan.
Kejutan besar dalam skuad Selecao adalah penyertaan Pedro Goncalves, yang belum pernah muncul di peringkat senior.
Pemain berusia 22 tahun itu meledak 23 gol dalam 32 penampilan buat Sporting CP musim ini untuk menguasai senarai penjaring dalam laluan mereka menamatkan penantian 19 tahun mengecapi kejayaan liga.
"Saya mungkin tidak pernah melihatnya dalam pasukan kebangsaan tetapi saya mempunyai semua maklumat yang diperlukan mengenainya," kata pengurus itu lagi ketika diminta menjelaskan penyenaraian berkenaan.
"Saya telah mempertimbangkan semua pencapaiannya musim ini. Dia ada di sini atas kualiti yang dimilikinya.
"Dia seseorang yang saya pertimbangkan sejak di Famalicao lagi dan kami terus memantaunya di Sporting. Saya ke stadium untuk meninjaunya dan dia hampir dipanggil sebelum ini.
"Salah satu kriteria yang harus diambil kira ialah selain kualiti dan pengetahuan taktikal, ini kerana saya cenderung memilih pemain yang mampu menawarkan ciri-ciri yang berbeza.
"Saya mengambil masa berjam-jam untuk memuktamadkan senarai terakhir ini. Kelmarin saya masih mempunyai 30 pemain dalam senarai. Ini mengenai soal mencari kualiti yang tepat."
Portugal dalam kumpulan maut bersama Hungary, Jerman dan Perancis yang akan dihadapi dalam Kumpulan F.
Senarai panggilan Portugal:
Rui Patricio (Wolves), Anthony Lopes (Lyon), Rui Silva (Granada); Joao Cancelo (Manchester City), Nelson Semedo (Wolves), Jose Fonte (Lille), Ruben Dias (Manchester City), Pepe (Porto), Nuno Mendes (Sporting CP), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund); Danilo Pereira (Paris Saint-Germain), Joao Palhinha (Sporting CP), Ruben Neves (Wolves), Joao Moutinho (Wolves), Renato Sanches (Lille), Bruno Fernandes (Manchester United), Sergio Oliveira (Porto), William Carvalho (Real Betis), Bernardo Silva (Manchester City); Cristiano Ronaldo (Juventus), Diogo Jota (Liverpool), Rafa Silva (Benfica), Andre Silva (Eintracht Frankfurt), Joao Felix (Atletico Madrid), Goncalo Guedes (Valencia), Pedro Goncalves (Sporting CP).

Matchday 38 of 38! Let's go out with a bang, EPL. ?
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) May 21, 2021
Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0c9JB pic.twitter.com/WIZ4e3B1nc
Sebaik senarai 26 pemain Portugal untuk kejohanan peringkat benua berkenaan yang dijadualkan semula itu bulan depan diumumkan, Santos mengesahkan Jota dalam perjalanan untuk kembali beraksi dengan segera.
?? ?? ????? ??? ??????, ? ?í????? ?? ?????! ??
— Portugal (@selecaoportugal) May 20, 2021
Vamos todos defender o título de Portugal no Euro 2020! ? #VamosComTudo pic.twitter.com/47piWCbeuL