Belgium meraih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam saingan Euro 2020 dan antara pemain yang mencuri tumpuan adalah bintang yang meningkat naik, Jeremy Doku.
Skuad kendalian Roberto Martinez mengatasi Finland 2-0 bagi menamatkan saingan Kumpulan B dengan sembilan mata.
Pasukan nombor satu dunia itu mempamerkan aksi cemerlang, namun jaringan sendiri penjaga gol Finland, Lukas Hradecky, pada minit ke-74 sebelum Romelu Lukaku menggandakan kelebihan The Red Devils.
Belgium mempunyai skuad yang penuh dengan pemain bertaraf bintang dengan banyak pemain berbakat.
Bagaimanapun, kehadiran Doku dalam perlawanan ternyata menghadirkan sinar bagi apa yang bakal disajikan pemain itu buat pada masa akan datang.
Doku membuat penampilan pertama dalam kejohanan utama.
Pemain berusia 19 tahun itu turun di sayap kanan beraksi di belakang Lukaku sementara kapten Belgium, Eden Hazard, di sebelah kiri.
Dia hampir menjaringkan gol namun ditampan keluar Hradecky. Kepantasan yang dimiliki memaksa benteng pertahanan waktu sukar sepanjang perlawanan.
Doku bermain bersama Rennes dalam saingan Ligue 1, menjaringkan dua gol dan empat assist dalam musim pertamanya dan reputasinya akan melambung tinggi sekiranya dia hanya meningkatkan kualiti permainan.
Sumber: The BootRoom
Ammar Hakim
Tue Jun 22 2021