Skip to main content

Boling Padang

Zuraidi Puteh lepas jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Zuraidi Puteh

Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) dalam satu kenyataan malam tadi, mengumumkan persaraan Zuraidi Puteh daripada jawatan ketua jurulatih skuad kebangsan.

Zuraidi menabur bakti selama hampir 17 tahun, bermula sebagai jurulatih pelapis kebangsaan pada  2008 sebelum bertindak sebagai jurulatih kebangsaan pada 2013.

Advertisement

Sepanjang tempoh itu, dia memimpin pasukan kebangsaan meraih pelbagai kejayaan di peringkat serantau dan antarabangsa. Persaraannya menandakan berakhirnya satu era gemilang.

"Keputusan ini bukaniah sesuatu yang mudah buat beliau, setelah meneliti dan mempertimbangkan beberapa faktor, dengan keluarga menjadi keutamaan utama. Tiada yang lebih berharga selain masa bersama keluarga, yang telah banyak dikorbankan sepanjang beliau mencurahkan khidmat dan berjuang demi mengharumkan nama Malaysia.

"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi, kepakaran, komitmen serta segala pengorbanan tidak ternilai yang selan dicurahkan oleh Coach Zuraidi" kata Presiden PLBM, Datuk Awalan Abdul Aziz, dalam kenyataan itu.

"Beliau telah membentuk dan melahirkan ramai juara dunia baharu serta atlet bertarat antarabangsa, sekali gus meninggalkan legasi yang kekal dalam sukan Boling Padang negara. Kami mendoakan yang terbalik buat beliau dan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi," tambah kenyataan itu.

 

Must Watch Video