'ya, ya akan terjadi'
Itu reaksi spontan mesin gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, mencuri tumpuan disebalik kejayaannya merangkul Anugerah Pemain Import Terbaik buat kali keempat berturut-turut dalam Majlis Liga M Award, selain merangkul Kasut Emas Liga Super untuk kali ketiga.
Sambil menyelitkan jawapan dalam Bahasa Melayu ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Bergson tampak mengesahkan status sebagai pemain tempatan dalam kancah Liga Malaysia musim depan.
“Ya, ya, ya akan terjadi”, Bergson from import to lokal Liga Malaysia 2026/27. Pemain naturalisasi ke-9 negara, FIFA ASEAN Cup. 🔛✔️🇲🇾🐯@ASTROARENA pic.twitter.com/M5688d9wJT
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 13, 2026
"Saya gembira sekarang dan bangga bermain untuk JDT, terima kasih buat semua. Ya, ya ya akan terjadi, terima kasih semua." katanya.
Kehadiran Bergson semestinya mampu memberikan nilai tambah jentera serangan skuad Harimau Malaya sekiranya proses naturalisasi pemain berusia 35 tahun itu menjadi kenyataan.