Bekas bintang naturalisasi negara, Lee Tuck, bakal kembali ke kancah tempatan apabila menjadi rekrut terbaharu sebuah kelab Liga A1 Semi-Pro, Kelantan City.
Kepulangan pemain tengah kelahiran England itu diumumkan sendiri Presiden Kelantan City, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebook semalam.
Dia yang sebelum ini beraksi dalam Liga Super sudah lama meninggalkan dunia bola sepak dan menceburi acara perlumbaan kecergasan yang semakin popular, Hyrox.
Pemain berusia 38 tahun itu keluar daripada persaraan dan berazam beraksi seperti dahulu.
🚨Lee Tuck keluar daripada persaraan, difahamkan pemain naturalisasi negara itu menerima tawaran Kelantan City sekaligus bakal kembali mewarnai bola sepak Malaysia. 🔙✈️🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/xLnpbt01Y5
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 14, 2026
Lee Tuck pernah beraksi bersama beberapa kelab tempatan termasuk Kedah Darul Aman, sebelum meninggalkan saingan bola sepak Malaysia pada 2023.
Pemain berusia 38 tahun itu juga pernah menyarung jersi Negeri Sembilan pada 2017, Terengganu (2018-2020) dan Sri Pahang (2021-2022).