Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sudah terlambat, akibat kesilapan benarkan jaringan Haaland, pengadil sah digugurkan tugas

SOCCER-ENGLAND-MUN-MCI:Soccer-Manchester derby VAR stood down from Premier League duty
Advertisement

Nasi sudah menjadi bubur.

Matt Donohue, pengadil yang bertugas untuk video bantuan (VAR) yang membenarkan jaringan kemenangan Erling Haaland dalam perlawanan yang menyaksikan Manchester City menewaskan Manchester United 1-0, tidak disenaraikan untuk bertugas dalam mana-mana perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula hujung minggu.

Advertisement

Penolong VAR, Blake Antrobus, juga tidak diberikan sebarang tugasan selepas badan pengadil, Badan Pengadil Profesional (Pro Ref), mengakui dalam satu kenyataan bahawa tindakan VAR membenarkan gol penentu Haaland itu adalah satu kesilapan.

Keputusan itu dibuat oleh ketua pegawai pengadil, Howard Webb, dan pasukan pengurusan; kedua-dua pegawai tersebut dijangka tidak akan kembali bertugas sekurang-kurangnya sehingga tamat tempoh rehat antarabangsa.

Advertisement

Jaringan Haaland pada separuh masa kedua itu pada mulanya dibatalkan kerana kedudukan ofsaid, namun kemudian disahkan susulan semakan VAR yang menentukan bahawa penyerang dari Norway itu berada dalam kedudukan yang tepat.

Bagaimanapun, Pro Ref kemudian menyatakan bahawa VAR telah gagal mengambil kira tindakan rakan sepasukannya, Enzo Fernandez, yang cuba memainkan bola ketika berada dalam kedudukan ofsaid.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video