Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, muncul juara Kejohanan Badminton Masters Jepun 2026 selepas menewaskan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menerusi aksi rubber set, 16-21,21-13,21-15 dalam saingan pentas akhir di Gimnasium Wilayah Kumamoto, sebentar tadi.
Wakil negara yang berada di ranking 57 dunia itu bermula garang apabila mendahului 10-3, namun wakil tuan rumah kembali mengatur langkah untuk mengikat Aaron-Roy King 11-11 dan menoktahkan set pertama dengan kemenangan 21-16.
#JapanMasters2026 | FINAL THE FINAL SHOWDOWN AWAITS! 💥🏆 Aaron-King set their sights on another SUPER 500 title as they take on the former World champions for the first time! 🔥 One win away from becoming the first Malaysian men’s doubles champions at the Japan Masters! All the best, Aaron-King! 💪🏻 #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia
— BAM (@BA_Malaysia) November 15, 2026
Set kedua pula menyaksikan juara Terbuka Artik 2026 itu mendahului lawan 6-1, momentum itu diteruskan dengan kemenangan 21-13 sekali gus mengheret lawan untuk membuat perhitungan ke set penentuan.
Aaron-Roy King meneruskan momentum apabila mendahului Hoki-Kobayashi 10-5, wakil negara mempamerkan aksi penuh lebih berdisiplin untuk menoktahkan gelaran kedua musim ini dengan kemenangan 21-15 untuk menjuarai kejohanan berstatus Super 500 itu.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kedua-dua beregu bertemu, selain Aaron-Roy King melangkah ke pentas final buat kali kedua sejak digandingkan bulan lalu.
